Thursday, April 8, 2010

Adapun seseorang itu hendaklah ia menjaga akan lidahnya dan tidak melupakannya, tidak ia memperkatakan sesuatu yang tiada faedahnya. Misalnya memperkatakan sesuatu yang sebelumnya yang telah berakhir yang tidak ada hubungan langsung dengannya dan tiada tujuan tertentu pula. Memperkatakannya hanya terjadi pada orang yang lalai dan lemah akalnya sahaja Hanya orang yang bodoh sahaja mengambil kira perkataan yang tidak perlu diucapkan.

Di antara perkataan itu ialah; Mengukur satu kesalahan menjadi dua kesalahan dan memperkatakan berkenaan masa lampau hingga menghabiskan waktu kini." Dan hendaklah menjauhkan perkataan yang menggerakkan jiwa untuk menimbulkan kejahatan. Jiwa-jiwa itu adalah saling tinggi meninggi dengan jiwa yang lain. Bila mana timbul dari seseorang perkataan yang pada lahirnya adalah baik akan tetapi kalau ia timbul dari jiwa yang memberontak dan nurani yang buruk akan menggerakkan jiwa yang sama untuk menimbulkan keburukan.

Ketahuilah bahawa hawa nafsu itu menggerakkan jiwa untuk menimbulkan kejahatan kerana hawa nafsu itu tersimpan di dalam hati seperti bara api di dalam sekam. Jika ia ditiup perlahan, baranya akan menjadi marak tanpa disedari. Kadang-kadang seseorang itu adalah orang yang terhormat hingga ia menghadapi orang lain dengan hawa nafsu maka tergeraklah kejahatan didalam hatinya. Demikian juga halnya dengan perkataan-perkataan yang lahir dari bibir itu datang dari hati dan batinnya yang dalam ketenangan dan kelembutan dalam tutur dan lafaz tidak membuatnya marah.

Tinggalkanlah perselisihan dan pertengkaran sedapat yang boleh secara lahir dan batin, jika tidak mampu dengan zahirmu maka cubalah hindari dengan batinmu dan berbuat baiklah terhadap kawanmu dengan kebaikan yang banyak. Perselisihan itu menggoncangkan permusuhan dan permusuhan itu menyebabkan bencana. Seseorang itu hendaklah menjaga pembicaraanya, hendaklah ia menjauhi perkataan yang keji dan janganlah mengucapkannya atau menceritakan perihal orang lain (mengumpat) kerana keaiban yang menimpa orang itu akan pula menimpa diri kita jika kita mengeluarkan perkataan-perkatan yang berlebihan.

Demikianlah seseorang itu harus menjaga lidahnya dalam keadaan dengki dan marah. Oleh kerana sesuatu perkataan itu jika dihadapi dengan jiwa yang terperanjat akan dekatlah dengan kekalahan. Akan tetapi jika ia bersabar sehingga hatinya tenang kembali akan hilang segala keburukan. - ( Jalan Mencari Kebahagiaan Hidup)

No comments:

Post a Comment